• 0
Assalamualaikum kepada semua pembaca.....
Terlebih Dahulu biarlah saya mempekenalkan diri saya dahulu.

Saya Noor Azam berasal dari kedah, iaitu negeri kedua yang berada di utara semenanjung tanah air selepas Negeri Perlis. Negeri Kedah sudah sedia maklum digelar sebagai Jolokan "Jelapang Padi" iaitu negeri yang ratanya dikelilingi oleh sawah padi. Saya juga berasal dari anak golongan petani yang mengerjakan sawah padi sebagai sumber rezeki untuk menyara kehidupan keluarga. Saya dilahirkan di Kampung Ketol Mukim Tunjang Jitra Kedah. Saya Mula Bersekolah di SK Padang Perahu dan meneruskan pelajaran Menengah Di SMK Pulau nyior. Kalau bagi anda semua yang tidak biasa mendengar atau mengahtahui tentang SMK Pulau Nyior mesti anda akan mengatakan bahawa sekolah tersebut berada di sebuah pulau kan. Tidak, sekolah tersebut berada berada di tepi jalan beberapa kilometer dari Bandar Jitra. Untuk Perkongsian "NYIOR" kalau diulas dalam Dialek kedah bermaksud "Kelapa" atau dikenali oleh kita semua sebagai buah kelapa. Berhubung dengan cerita asal selepas SPM saya telah ditawarkan memasuki atau melanjutkan pelajaran Di Tingkatan Enam di sekolah yang sama. kalau nak tunggu tawaran dari IPTA menurut budak-budak sekarang "M.T.L.K" ataupun dipanjang "Memang Tak La Kan". Oleh hal demikian kerana keputusan SPM saya tak lah seberapa hinggakan ditawar untuk memasuki IPTA ataupun Maktab namun jika IPTS Layak kot. Biasalah IPTS ni kira wang ja. kalau ada dipersilakan.hehe Untuk dijadikan cerita STPM saya pun menerima nasib yang sama, keputusan juga kurang memuaskan. Sejak dari itu saya berasakan hidup ini umpama kegagalan kerana UPSR dan PMR juga menerima nasib yang sama namun peperiksaan tersebut bukanlah penting ia hanya menentukan sekolah dan kelas sahaja. namun SPM dan STPM adalah penentu arah untuk masa hadapan

Links